Monday, 13 April 2015

9 Faedah Rebung Kepada Kesihatan Kita

Share it Please



Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah (Rebung Madu Salamah)

Rebung madu segar yang dituai dari kebun kami awal pagi tadi.


Rupanya ramai lagi yang masih belum merasa rebung buluh apatah lagi rebung buluh madu ini. Mungkin dengan perkongsian saya berkenaan faedah-faedah rebung kepada kesihatan kita ini, dapat mendorong lebih ramai orang mencuba dan kerap makan rebung madu yang istimewa ini. Saya juga terkejut dengan informasi ini. Tak sangka rupa-rupanya rebung madu kegemaran saya ini ada banyak khasiat dan faedahnya. Selepas ini lagi keraplah hidangan rebung madu ada atas meja makan keluarga saya.



9 Faedah Rebung Kepada Kesihatan Kita :-


1. Membantu Turun Berat Badan

Google Image


Rebung buluh adalah makanan yang sangat sesuai untuk mereka yang menjaga berat badan kerana kandungan kalori, karbohidrat dan gulanya sangat rendah hingga hampir boleh diabaikan. Kesimpulannya, rebung buluh adalah pilihan makanan yang tepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dan tetap kenyang dalam masa yang sama. Tentu seronok berdiet dengan rebung. Berita baik untuk saya. :)



2. Mengekalkan Kesihatan Jantung

Kajian baru-baru ini mendapati sebatian tumbuhan yang terkandung di dalam rebung buluh dapat membantu menyingkirkan kolestrol yang tidak baik. Ini sangat membantu melancarkan perjalanan darah keseluruh badan.




3. Mencegah Kanser

Kajian juga mendapati daun rebung buluh mempunyai sebatian tertentu kolestrol yang membantu mengawal mutasi dan mencegah kanser.





4. Meningkatkan sistem imun badan

Kehadiran vitamin dan mineral dalam rebung buluh membantu tingkatkan sistem imunisasi badan. Nutrien dan anti oksida pula membantu menguatkan sistem imun tersebut.




5. Bantu Sistem Penghadaman dan Perkumuhan Yang Sihat



Kandungan serat di dalam rebung buluh adalah tinggi! Untuk mendapatkan penghadaman dan perkumuhan yang baik dan sihat, kita perlu mendapatkan kandungan serat yang tinggi setiap hari.




6. Ciri-ciri Anti Radang

Rebung buluh mempunyai ciri-ciri anti radang dan ciri-ciri mengatasi kesakitan (pain killer). Ia juga membantu menyembuhkan ulser ! Jus yang diekstrak dari rebung buluh boleh digunakan sebagai penawar merawat luka dan ulser.




7. Merawat Gangguan Pernafasan

Rebung buluh juga efektif dalam merawat masalah gangguan pernafasan. Caranya dengan merebus rebung buluh sebanyak 2 kali rebusan. Kemudian minum air rebusan rebung tersebut bersama madu untuk hasil yang lebih baik.




8. Merawat Masalah Berkaitan Perut

Google Image


Rebung buluh sangat elok bagi merawat masalah berkaitan perut. Bukan saja rebungnya, malahan daun-daun buluh juga boleh digunakan bagi merawat masalah perut dan dan kecacingan.




9. Membantu Turunkan Tekanan Darah Tinggi.

Google Image


Sebagai sumber potasium yang baik, rebung buluh membantu dalam menurun dan mengekalkan tekanan darah yang normal.



Wah! Banyaknya khasiat dan faedah rebung buluh. Mari kita amalkan pemakanan sihat dan jadikan rebung buluh terutamanya rebung buluh madu sebagai hidangan kita selalu. Selamat mencuba!

Salam Sayang,

Mariatul Qiptiyah Md Sah
Rebung Madu Salamah



******************************************************************


Rebung Madu Organik 

Produk : Rebung Madu Segar, Anak Pokok Buluh Madu

Tempahan dibuka sekarang. 

Whatsapp / SMS : 

 016 5534828 Mariatul Qiptiyah Md Sah (Maria) 
 013 6204019 Md Sah Osman 
 016 4664828 Nazron Shah Ahmad 

 - Tempahan melebihi 5 kg seelok-eloknya dibuat 2 minggu lebih awal. 

-  COD atau penghantaran di sekitar Bandar Tun Hussein Onn dan sekitar Cheras untuk tempahan       melebihi 5 kg.
 - See more at: http://rebungmadusalamah.blogspot.com/#sthash.Uz5xsxNj.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...