Teks : Mariatul Qiptiyah Md Sah (Rebung Madu Organik)
Bila sebut tentang rebung dan buluh, sinonimnya kita akan teringatkan Si Comel HItam Putih Beruang Panda yang semakin terkenal sekarang. Hakikatnya, makanan kegemaran Panda adalah daun-daun buluh yang banyak terdapat di habitat asal mereka di China. Disebabkan itu, rebung sangat terkenal di kalangan orang-orang China dan bangsa Cina di negara kita Malaysia.
Namun sekarang, rebung buluh sudah menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira bangsa dan negara mereka. Malahan rebung buluh sudah dikenali di negara-negara barat kerana keenakan dan khasiatnya yang tersendiri.
Ramai yang tidak tahu di sebalik keenakkan dan kemanisan rabung madu terdapat banyak khasiat yang memberikan faedah-faedah kesihatan kepada tubuh badan kita. Berikut saya kongsikan fakta nutrisi utama rebung buluh untuk info kita bersama :-
FAKTA NUTRISI REBUNG BULUH
- Rendah Kalori
Buluh rebung mempunyai kandungan kalori yang sangat rendah. 100g rebung buluh hanya mengandungi 20 g kalori. Malahan kandungan karbohidratnya juga sangat rendah, 100g rebung buluh hanya mempunyai 3 hingga 4 g karbohidrat sahaja. Berita gembira untuk pengamal diet rendah karbohidrat seperti Diet Atkin !!! - Rendah Kandungan Gula
100 g rebung buluh hanya mengandungi 2.5 g gula ! Ini adalah jauh lebih rendah dari kandungan gula dalam buah-buahab dan sayur-sayuran yang lain. - Rendah Lemak
100 g rebung buluh hanya mengandungi 0.49 g lemak. Ia mengandungi kedua-dua lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu diperlukan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. - Sumber Protein
Terdapat 2.0 g hingga 2.5 g protein dalam 100 g rebung madu. Protein mengandungi 17 asid amino penting dan 2 separa penting. Antaranya, asid amino diperlukan untuk metabolisma badan kita. - Sumber Vitamin dan MIneral
Rebung buluh mengandungi banyak vitamin antaranya ialah vitamin E , vitamin A, vitamin B6 , thiamin , niasin , folat dan riboflavin . Mineral-mineral seperti kalsium , fosforus , kalium , magnesium , selenium , natrium , tembaga , zink , mangan dan besi juga banyak terdapat dalam rebung buluh. - Tinggi Kandungan Fiber
Rebung buluh mempunyai serat fiber yang tinggi. 100 g rebung buluh mengandungi 6 - 8 g serat fiber yang diperlukan oleh badan dan membantu melancarkan sistem perkumuhan kita. Berita baik untuk mereka yang ingin menjaga berat badan !
Dengan fakta-fakta nutrisi di atas, rebung buluh semakin menjadi kegemaran saya. Pasti sedap dimasak lemak kuning bersama ayam, di makan bersama nasi putih panas-panas. Insyaallah akan saya kongsikan resepinya pula nanti.
Selamat Mencuba :)
Mariatul Qiptiyah Md Sah,
Rebung Madu Organik
******************************************************************
Rebung Madu Organik
Produk : Rebung Madu Segar, Anak Pokok Buluh Madu
Tempahan dibuka sekarang.
Whatsapp / SMS :
016 5534828 Mariatul Qiptiyah Md Sah (Maria)
013 6204019 Md Sah Osman
016 4664828 Nazron Shah Ahmad
- Tempahan melebihi 5 kg seelok-eloknya dibuat 2 minggu lebih awal.
- COD atau penghantaran di sekitar Bandar Tun Hussein Onn dan sekitar Cheras untuk tempahan melebihi 5 kg. - See more at: http://rebungmaduorganik.blogspot.com/2015/04/rebung-madu.html#sthash.xtG5paLi.dpuf

No comments:
Post a Comment